Huawei sahkan fail saman terhadap Samsung sebab melanggar paten hak cipta

huawei p9
Huawei telah mengesahkan bahawa mereka telah memfailkan saman ke atas Samsung yang didakwa telah melanggar paten hak cipta Huawei.
Syarikat China ini juga mengesahkan bahawa mereka telah memfailkan saman terhadap Samsung di dua mahkamah iaitu di California, Amerika Syarikat dan di Shenzen, China.
Huawei mendakwa bahawa beberapa komunikasi selular dan perisian Huawei telah digunakan pada telefon pintar Samsung tanpa kebenaran.
Huawei tidak memberikan sebarang maklumat spesifik akan paten apakah yang terlibat didalam kes saman ini.
Walaubagaimanapun, Huawei berkata sebahagian daripada paten yang dilanggar adalah didalam kelas Frand yang merujuk kepada “fair, reasonable and non-discriminatory”.
Ini bermaksud, Huawei telah menawarkan lesen pengunaan bagi paten ini namun perlu mendapat persetujuan Huawei terlebih dahulu.
Ketua bahagian harta intelek Huawei berkata mereka mahu mendapat kebenara untuk menggunakan beberapa teknologi Samsung sebagai balasan dan bukan untuk mendapat pampasan.
Ding Jianxing berkata bahawa Huawei telah menandatangani perjanjian perlesenan yang sama dengan banyak syarikat didalam industri ini dan berharap Samsung juga akan tampil untuk memohon lesen pengunaan dan bersama-sama meningkatkan lagi daya saing didalam pasaran.
Jurucakap Samsung yang telah membalas e-mel daripada BBC juga telah mengesahkan bahawa mereka akan mengkaji kes saman ini secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan mempertahankan perniagaan Samsung ini.

0 comment... add one now