Hati-hati spam dengan link website di ruang komen

Assalamualaikum rakan2 blogger!!!

Sebagai sorang blogger, korang tak kan lari dari pembaca atau spammer di blog anda. Bagi kita kalau sesebuah blog mempunyai rakan pembaca dalam blog kita, mesti anggap satu pencapaian terbaik bagi sorang blogger.

Tapi, apa yang saya ingin kongsikan tentang spammer yang tinggalkan link ke website porn atau judi. Saya mengaku salah sorang dah kena spam dengan link ke website pornografi. Selamat la saya ni jenis tiap hari tengok akaun google adsense...maklum la nak tahu setakat mana perkembangan semasa.... so saya bukak...tapi yang saya hairan kat dashboard google adsense atas ada violation di akaun adsense saya.

Saya bukak apa penyebab adsense saya diberi amaran kalau tak 'Mark Resolved'. Saya cukup risau takut google adsense akan tarik balik. So, saya bukak website yang di spam...rupa-rupanya artikel saya bahasa Inggeris tajuk 'Free download movie Kungfu Panda 3'. Saya cuba bukak link website tu.... sebelum tu saya perasan pageview artikel ni sangat banyak...sya tengok kat ruang komen...ada si spammer orang putih letak link porn dan judi...kurang ajaq toiii!!!!

Patut la adsense beri amaran kat saya...selamat la bukak akaun adsense saya...kalau tak seminggu tak bukak...adsense akan buat pembatalan. Tapi apa yang perlu saya buat untuk buangkan violation tersebut. Tanpa buang masa...saya delete website artikel tu....dan kat dashboard tu suruh 'Mark Resolved'...so saya klik...dan tunggu google adsense nak maklum balas apa.

Bagi pendapat saya korang perlu hati-hati dengan komen yang ditinggalkan pembaca atau spammer di blog anda. Kadang-kadang ada yang tinggalkan link/pautan ke website p0rn atau judi. Kalau anda tak pantau atau moderate komen, tak semena-mena blog anda jadi penyumbang kepada publisiti benda haram. Kan dah sumbang dosa pulak...heheh!!! Beringat sebelum kena...sebab saya pun dah kena...selamat la saya ambil tindakan awal.

Setakat ini tiada apa-apa komunikasi susulan dari Google Adsense Team. Kalau senyap tu okay la agaknya, no news is good news.
Pengajaran dari insiden ini yang boleh diambil bagi blogger

Jika anda pasang iklan Adsense di blog, pastikan anda tak membuat pautan ke laman-laman yang menyalahi polisi Adsense. Tak kiralah samada pautan itu ada dalam artikel yang anda tulis atau dalam komen yang pembaca tinggalkan. Be safe, monitor and moderate. Mudah-mudahan info ni bagi pengajaran bagi kita semua.
Hati-hati spam dengan link website di ruang komen

0 comment... add one now