Harga Dan Spesifikasi Toyota Hilux 2016 Versi Baru

Toyota Hilux 2016 Baru Harga Dan Spesifikasi

Kenderaan Pacuan empat roda (4wd) popular Malaysia iaitu Toyota Hilux telah memperkenalkan versi baru Hilux 2016 yang mendapat banyak penambahbaikan meliputi enjin dan transmisi.Toyota Hilux 2016 merupakan sebuah trak pikap yang digemari oleh rakyat Malaysia semenjak diperkenalkan pada tahun 2005.
Harga Dan Spesifikasi Toyota Hilux 2016 Baru

Harga Dan Spesifikasi Toyota Hilux 2016 Baru

Toyota Hilux 2016 baru mempunyai enjin diesel yang lebih senyap disamping menawarkan tork unggul pada RPM yang rendah, prestasi kelajuan tinggi dan kecekapan bahan api yang optimum. Diantara ciri-ciri terbaru Toyota Hilux 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Toyota Malaysiaadalah seperti berikut :-
  1. Enjin diesel baru berkapasiti 2.4 dan 2.8 literyang menawarkan lebih tork dan kuasa
  2. Transmisi 6 speed baru
  3. Pilihan Mod Eco & Power Drive
  4. Suspensi yang ditambah baik

Spesifikasi Luaran

Menariknya, Toyota Hilux 2016 baru juga menampikan wajah baru dari Lampu LED sehingga sport rims seperti berikut :-
  1. Lampu LED automatik yang beroperasi pada waktu siang 
  2. Ruang kargo yang luas dan besar
  3. Grill depan yang anggun
  4. Rim aloi : 18 inci untuk varian 2.8G dan 17 inci untuk 2.4G
  5. Cermin sisi boleh laras

Spesifikasi Dalaman

Ruang dalaman Hilux 2016 juga ditambah baik supaya tampak lebih sporty, sekali gus memberi ruang kepada generasi muda untuk memilikikenderaan ini. Antara yang menarik adalah :-
  1. Tahap kebisingan yang rendah
  2. Kerusi kulit hitam untuk varian 2.8G dan 2.4G [Automatik] 
  3. Smart entry dan Start System untuk varian G
  4. Pemain DVD Touch Screen dengan saiz 6.1 inci beserta dengan kamera undur belakang untuk varian G
  5. Optitron Meter Panel untuk versi 2.8G 
  6. 7 Airbag untuk varian 2.8G dan 3 Airbag untuk varian lain
  7. Traction Control System (TRC) dan Vehicle Stability Control (VSC)
  8. Asean NCAP
  9. Hill Start Assist Control (HAC)
  10. ABS dengan EBD
  11. Sistem sekuriti (Alarm system)

Harga Toyota Hilux 2016 Baru

Terdapat pelbagai varian yang ditawarkan dengan harga atas jalan (termasuk insuran, untuk pendaftaran persendirian dan harga di Semenanjung Malaysia) seperti berikut :-
  1. HILUX DOUBLE CAB 2.8G (AT) 4X4 : Dari RM 133,900.00
  2. HILUX DOUBLE CAB 2.4G (AT) 4X4 : Dari RM 121,900.00
  3. HILUX DOUBLE CAB 2.4G (MT) 4X4 : Dari RM 109,900.00
  4. HILUX DOUBLE CAB 2.4 (MT) 2X4 : Dari RM 91,900.00
  5. HILUX DOUBLE CAB 2.4 STD (MT) 4X4 : Dari RM 99,900.00
  6. HILUX SINGLE CAB 2.4 (MT) 4X4 : Dari RM 89,900.00
Untuk keterangan lanjut, anda boleh memuat turun brosur Toyota Hilux 2016 di Toyota. 

    Toyota Hilux 2016 vs Hilux 2015

    Toyota Hilux 2015 yang ditambahbaik ditawarkan dalam dua varian membabitkan 3.0G TRD Sportivo dan 2.5G TRD Sportivo, yang mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik. Bagi memberi impak lebih sporty, varian berkenaan dilengkapi kit badan dan spoiler bampar depan TRD, pelekat grafik menarik pada badannya, lampu nyalaan siang (DRL) serta rim aloi warna hitam.
    Toyota Hilux 2015 Baru

    Selain luaran, ruang kabinnya menerima pembaharuan selepas kerusi dibaluti material kulit, kemasan gentian karbon pada panel instrumen dan perehat tangan serta dilengkapi pelapik kaki TRD.

    Pada masa sama, pelanggan boleh membeli palang sports bahagian belakang yang menggunakan material ABS selepas dibangunkan oleh pasukan TRD. Bagi varian 3.0G dan 2.5G biasa, ia hadir dengan wajah lebih premium selepas menerima sentuhan lampu DRL dengan rim aloi warna kelabu gelap, selain kemasan dalaman berbeza.

    Sebagai maklum balas kepada permintaan pelanggan, jentera itu menyediakan kunci tambahan untuk tayar simpanan pada semua varian Toyota Hilux. Pam tayar mudah alih turut disediakan sebagai ciri standard bagi model 3.0G, 2.5G dan TRD Sportivo.

    Bagi ketiga-tiga model itu, ia turut menawarkan sistem audio DVD-AVN yang merangkumi kamera undur belakang, leng­kap bersama garis statik.

    Sama seperti model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, trak pikap itu hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer. Harga Toyota Hilux 2015 bermula RM87,722.20 sehingga RM112,967 - myMetro

    Apa lagi jika anda peminat Toyota Hilux 2016 Baru, jom ke Pusat Pameran Toyota di lokasi berdekatan anda untuk sesi pandu uji, tempahan dan sebagainya.

    Gambar kredit Toyota Malaysia.

    0 comment... add one now