Hafidz maafkan kritikan netizen, isteri cukup sempurna di mata saya!


 
Pelakon Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri beberapa hari lepas mengundang kritikan hebat oleh netizen selepas Hafidz memuat naik gambar wajah isterinya di akaun instagram. Kritikan berbentuk hinaan itu menyebabkan beberapa artis Malaysia seperti Emma Maembong, Saharul Ridzwan, Kamal Adli dan Michael Ang turut meninggalkan komen membidas kembali kata-kata kesat yang dilemparkan oleh netizen terhadap isteri Hafidz Roshdi.
 
Walau bagaimanapun, Hafidz dan isteri sudah memaafkan mereka yang menghina malah menganggap perkara tersebut sebagai dugaan dan mengajar mereka untuk lebih bersabar. Menurut Hafidz, isterinya, Shuhada juga mengucapkan terima kasih di atas hinaan tersebut.
 
Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, Apa yang penting saya dan isteri bahagia 
 
Hafidz juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela dia dan isteri di laman sosial.

0 comment... add one now