Hadiah kepingan emas bernilai RM70,000 bagi johan qari dan qariah tajaan YaPEIM

yapeim gold1
KUALA LUMPUR:  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi hadiah kepingan emas bernilai RM70,000 bagi johan qari dan jumlah sama bagi Johan qariah  tilawah, manakala  johan hafiz dan hafizah bakal menerima kepingan emas bernilai RM20,000 tajaan Yapeim.
Selain itu, johan qari dan qariah akan menerima piala iringan dan wang tunai RM40,000 manakala bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah akan menerima piala iringan dan  wang tunai RM20,000.
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa ke-58 yang dirasmikan di Kuala Lumpur semalam menyaksikan seramai 68 peserta akan memperdengarkan bacaan terdiri daripada 38 peserta bagi kategori tilawah dan 30 peserta bagi kategori hafazan.
jamil khir3jamil khir1
Penganjuran tilawah antarabangsa tahun ini bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” berlangsung selama empat hari bermula hari ini.
Bagi kategori hafazan, Malaysia diwakili Mohamad Omar Mansu dan Farihah Zulkifli iaitu johan lelaki dan wanita Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37.
Untuk kategori tilawah, johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-59 iaitu Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Nor Azrah Ayob akan mewakili Malaysia.
jamil khir
Sementara itu dalam laporan Bernama memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam di negara ini supaya menyelidik kesahihan setiap maklumat dan tidak mudah menghebahkan perkara yang boleh mendatangkan fitnah serta permusuhan.
Berucap dalam Majlis Perasmian itu beliau berkata, perkembangan teknologi kini boleh membawa implikasi besar jika disalah gunakan sehingga boleh menghakis nilai-nilai kemanusian dan rasa hormat-menghormati.
“Justeru, umat Islam perlu tabayyun (menyelidik) kerana penyalahgunaan teknologi komunikasi boleh membawa kepada fitnah siber seterusnya mencetuskan permusuhan dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam ucapan sempena perasmian
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Gambar Majlis: FB YB Menteri

0 comment... add one now