Filem AADC2 catat RM2 juta hanya lima hari tayangan


aadc1








FILEM Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) terus meraih perhatian penonton dan sehingga kini telah berjaya mencatat RM2 juta dalam masa lima hari tayangannya yang bermula sejak Khamis lalu.

Menerusi kenyataan Primeworks 
Distribution, filem itu dijangka mampu meraih lebih banyak jumlah kutipan dalam minggu ini memandangkan sebanyak 100 pawagam di seluruh negara menayangkan filem sekuel romantik ini.

AADC 2 merupakan kesinambungan Ada Apa Dengan Cinta yang ditayangkan 14 tahun lalu. Diarahkan oleh Riri Riza dan diterbitkan oleh Mira Lesmana, filem ini masih lagi mengekalkan barisan pelakon utamanya, Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra yang menjayakan watak ikonik Cinta dan Rangga.

Selain kedua-dua teruja utama itu, filem ini turut diperkuatkan dengan peranan pelakon pembantu seperti Adinia Wirasti, Titi Kamal dan Sissy Prescillia.

0 comment... add one now