Fenomena unik matahari akan berada tegak di atas Kaabah Jumaat ini!


Orang Islam di Mekah bakal menyaksikan fenomena unik pada tengah hari Jumaat ini apabila matahari akan berada betul-betul tegak di atas Kaabah.

Fenomena itu diumumkan oleh Molhem Hindi, seorang pengkaji astronomi di Jabatan Astronomi dan Sains Angkasa di Universiti Raja Abdulaziz, lapor akhbar Al Riyadh.

Munurut Molhem, matahari akan berada tegak 90 darjah di atas Kaabah pada 12:18 waktu tempatan (5:18 petang waktu Malaysia), sewaktu azan Jumaat.

Apa yang menarik, ketika ini, Kaabah tidak akan mempunyai bayang dan orang Islam pada ketika ini boleh mencari kiblat berpandukan matahari.


Fenomena unik ini berlaku dua kali setahun.

"Fenomena ini membolehkan orang ramai, yang menyaksikan fenomena itu, untuk mencari kiblat dengan tepat dan senang", kata Molhem sebagaimana laporAboutIslam.

Tambah beliau juga, jika seseorang itu melihat pada matahari ketika itu, dia akan melihat ke arah kiblat dengan ketepatan 100 peratus.

0 comment... add one now