Fatin Clever Girl nafi bertelanjang jika JDT menang, sifatkan satu penipuan!



HAH! biar betul Fatin dari program pencarian Clever Girl ni sanggup lari bertelanjang jika JDT menang perlawanan akhir Piala FA?

Takkanlah gadis sopan bertudung litup ini tergamak menulis status ‘sejijik’ itu?

Memang tak larat nak baca apa yang sanggup dilakukannya andai JDT menang.
Status itu wujud sebelum perlawanan antara PKNS FC dan JDT Sabtu lalu.
Hasilnya, ia dimenangi JDT.

Jadi… apakah ‘Fatin’ akan memenuhi janjinya?

Opsss…..nanti dulu…..jangan cepat terpedaya atau ‘berharap’ janji itu menjadi realiti!



Sebabnya pihak admin Facebook Fatin telah pun mengeluarkan kenyataan mendakwa status kontroversi itu telah ditulis oleh sebuah akaun palsu yang menggunakan nama penuh Fatin iaitu Fatin Nuraisya Mohd Hanipha.

Menurut admin, laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun dibuat sebelum ini terhadap akaun palsu itu namun ia telah diaktifkan semula oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Mereka menafikan Fatin yang memuat naik janji tidak masuk akal tersebut.
fatin

Hai, siapalah yang dengki sangat dengan Fatin sampai nak naya orang sampai macam tu sekali.
Harap-harap peminat Fatin tidak cepat melatah dengan isu ini selepas melihat sendiri penjelasan yang telah diberikan oleh pihak admin FB Fatin.  – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now