Fasha Sandha tampil jawab isu kerap selfie dan menggoda!

fasha
Perempuan dan selfie tidak dapat dipisahkan dan ia bagaikan aur dengan tebing, wah gitchew!! Nak dijadikan cerita, ada sesetengah netizen yang berpendapat bahawa Fasha Sandha kerap selfie selepas beliau bercerai dengan Jejai. 

Pelbagai andaian yang negatif dilemparkan sehingga ada yang melabelkan Fasha sahaja buat begitu untuk menggoda dan sengaja mencari publisiti murahan. 

Menurut laporan dari satu akhbar tempatan baru-baru ini, Fasha menafikannya dan memberitahu tujuan dia buat begitu adalh untuk mempromosikan produk. Yela nak pula sekarang ni kan Fasha jadi duta untuk beberapa produk.
“Saya bukannya berselfie kosong. Kekerapan saya berselfie adalah kerana saya ada produk. Saya juga menjadi duta kepada beberapa jenama. Sebagai duta produk adalah menjadi tugas saya untu mempromosikannya. Malah dalam perjanjian, ada dinyatakan saya perlu selalu berselfie. Dalam erti kata lain, komitmen saya adalah bergambar dan muat naik ke laman sosial saya. Jika diikutkan , sebelum ni saya juga ada berselfie tetapi lebih kepada promosi bagi acara yang saya hadiri atau sesi fotografi.”

Dah nama pun artis kan, so apa yang kita lakukan atau pakai sah-sahlah akan diperhatikan. Tak kisah lah benda tu positif ke negatif. Tapi kalau difikirkan balik bukan Fasha seorang sahaja yang suka selfie, ramai lagi artis yang suka selfie tapi kenapa Fasha juga jadi mangsa? Hmm.
Sumber :BH Plus

0 comment... add one now