Faktor pekerja Malaysia dalam memilih syarikat yang diwakili mereka

SEMALAM, kita dah ketahui senarai 10 syarikat yang paling banyak rakyat Malaysia nak kerja, hari ini kita tengok pula antara faktor-faktor yang dipertimbangkan pekerja di Malaysia dalam memilih syarikat yang diwakili mereka.

Menerusi hasil kajian JobStreet.com, faktor nombor satu yang dilihat pekerja ialah ganjaran dan faedah yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat itu sementara gaji juga antara faktor tertinggi yang menjadi penilaian mereka.
Di bawah ini merupakan antara faktor-faktor yang dipertimbangkan seseorang pekerja itu dalam mencari pekerjaan berdasarkan tinjauan lebih 7,000 responden yang terbabit mengikut keutamaan mereka:

1. Faedah dan ganjaran

2. Gaji

Faktor Pekerja Dalam Memilih Syarikat Idaman
GAMBAR HIASAN

3. Proses dan perkembangan pembelajaran

4. Suasana dan budaya kerja

5. Reputasi syarikat

6. Perkembangan kerjaya

7. Kepimpinan dan pengurusan

Faktor Pekerja Dalam Memilih Syarikat Idaman
GAMBAR HIASAN
Mungkin faktor-faktor ini boleh dijadikan panduan oleh mana-mana syarikat agar mereka dapat menarik lebih ramai pekerja berpotensi untuk menaburkan khidmat dan bakti menerusi organisasi mereka.
Selain kepimpinan peneraju, kejayaan dan kelangsungan sesebuah syarikat itu juga adalah menerusi tenaga kerjanya yang benar-benar selesa dan bersedia untuk menyumbang dalam organisasi yang diwakilinya. 

0 comment... add one now