Fakta sejarah tentang telur ayam tiruan
Sejarah Telur Ayam Tiruan
Bila saya cek-cek kat Google, dengan menggunakan kata carian “fake eggs”,“artificial eggs”, “counterfeit chicken eggs” atau “imitation eggs”, rupa-rupanya telur tiruan ni dalam lama dalam pembikinan – iaitu sejak tahun 2007 lagi di bandar Zhengzhou, Wilayah Henan, China. Malah mengikut sumber lain, foto telur tiruan ini mula terbit di blog seawal bulan Disember 2004 seperti yang tercatat dalam laman web XinHuaNet.com. Berikut adalah artikel yang saya googletranslatekan drp laman berkenaan.
“This is the Dec. 27 shooting of the “artificial eggs” (left) and eggs. A few days ago, a public street vendors Handan bought the “egg”, to go home and found the whole protein and egg yolk mix, no eggs fried flavor, cooked too hard. That after examination by the relevant departments of the Dan Pi is made of calcium carbonate, protein and egg yolk by the starch, resin, gelatin and some other synthetic chemicals. Xinhua News Agency (Wang Jiuzhong photo)�”

Sebenarnya timbulnya telur tiruan ini dikaitkan dengan kenaikan harga barang makanan yang mendadak di China seperti yang diwartakan oleh akhbar utama Korea, Chosun Ilbo. Disebabkan kos pembuatannya hanya 1/10 harga telur ayam asli, ianya menjadi satu bisnes yang mendapat sambutan yang baik di China. Dong-A Ilbo, salah satu akhbar Korea lain, telah menerbitkan sebuah laporan berjudul �Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran� pada 14 Ogos 2007. Hanya negara kita saja yang baru mengetahui hal ini pada tahun ini.
Bagaimana Telur Tiruan Ini Dibuat?
Sebenarnya bagaimana nak buat telur tiruan telah pun disiarkan di laman web the Consumerist pada 4 hb May, 2007 lagi. Online. Telur tiruan ini sebenarnya dibuat menggunakan 100% bahan kimia tanpa penggunaan bahan asli semula jadi sedikit pun. Sumber-sumber utamanya ialahkalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan�tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

�Putih telur” dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit untuk membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.


��Kuning telur� dibuat dengan menyekop suatu cairan dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida. Akhirnya, �putih telur� dan �kuning telur� dibungkus ke dalam �kulit telur� yang dibuat daripada kalsium karbonat.

�Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada �kuning telur� tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.
- Lapisan luar berwarna putih dibentuk menggunakan parafin dan kalsium karbonat. Proses ini diulang beberapa kali sehingga ianya menebal dan membentuk lapisan luar

Bagaimana Nak Kenal Yang Asli Dengan Yang Tiruan
Bukan susah untuk membezakan telur tiruan dengan yang asli. Berikut adalah fakta dan cara bezakan telur asli dengan yang �tiruan.
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Pendedahan Tentang Telur Tiruan Di Internet
Berikut adalah pendedahan FujiTV tentang proses pembuatan telur tiruan yang saya perolehi daripada YouTube:
[vsw id=”T55tz4qwFMo” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]
Post a Comment