Facebook rasmi JDT jelaskan poster perlawanan hanya "perang psikologi"

Poster JDT

Laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) menerangkan poster perlawanan yang pernah dimuat naik oleh laman Facebook berkenaan cuma bersifat perang psikologi.
Johor Southern Tigers (JDT) dalam satu kenyataan berkata, poster-poster berkenaan bukan bertujuan merendah-rendahkan kemampuan pasukan lain.
Poster-poster ini adalah sebahagian daripada poster yang telah dihasilkan oleh jurugrafik kami namun tidak berkesempatan dimuatnaik pada sebelum hari perlawanan tersebut.
“Tujuan poster-poster sedemikian (termasuk yang pernah dimuatnaik sebelum ini) tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan pihak lawan namun lebih kepada ‘perang psikologi’ sebelum perlawanan dan tidak berniat untuk mencetuskan provokasi,” kata kenyataan itu semalam.
Menurut JST, pasukan JDT menghormati kesemua pasukan dan kelab yang bertanding di Liga Malaysia.
Tindakan JST memuat naik beberapa poster berhubung sesebuah perlawanan membabitkan pasukan itu dikritik sebilangan netizen.
Ia berikutan poster berkenaan kelihatan seolah-olah memperlekehkan kemampuan pasukan lawan JDT. – mynewshub.cc

0 comment... add one now