Facebook Kedah FA 'diserang' peminat Kedah, beribu hashtag #UndurPresidentKFABashah Dalam Masa Sejam

Berikutan kemelut isu penajaan yang membelenggu persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan D'Herbs holding, nampaknya peminat Kedah kembali bersuara.

Sejak sejam lalu Facebook Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah telah dipenuhi beribu luahan hati para penyokong kedah di mana mereka mendesak Presiden Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Facebook rasmi KFA itu dipenuhi Hastag


Ini kerana tindakan kerajaan Negeri Kedah dan KFA yang menolak tajaan dari pemilik D'Herbs sebanyak 30 juta berkaitan pemilikan di negeri berkenaan menyebabkan hak rakyat Kedah tergadai.



Bagaimanapun Pengasas D'Herbs Holding,Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari ini telah membuat satu sidang akhbar bersama bukti-bukti bahawa beliau ingin merampas tanah-tanah milik rakyat Kedah seperti yang didakwa.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah baru-baru ini sebagai satu penghinaan buat dirinya.

Bahkan beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan yang dia cuba merampas tanah rakyat Kedah dan akan berikan sebanyak 100 juta jika berjaya kemuka bukti. 


0 comment... add one now