Evolusi, revolusi & inovasi telefon bimbit pintar 2016

Anda masih ingat lagi apakah antara ciri-ciri telefon bimbit pintar pilihan anda suatu ketika dulu? Saya masih ingat. Kalau dulu seboleh-bolehnya nak ada kamera, paling 'busuk' pun 2MP. Mesti kena ada FM radio, fungsi pemain mp3, pembesar suara yang baik, wajib ada bluetooth, dan seingat saya ketika itu fungsi perkongsian fail melalui infra merah juga masih popular digunakan.

Kemudiannya sedikit demi sedikit teknologi berkembang. Perubahan demi perubahan melonjak naik dengan begitu signifikan sekali.

Dari kamera 2MP bertambah kepada 3.2MP. Seterusnya 5MP, 8MP, dan kemudian 12MP. Dari sistem operasi Symbian dunia mula beralih kepada Android dan iOS. Dari skrin hitam putih, sedikit demi sedikit ia mula berubah kepada skrin berwarna 16k, dan seterusnya, seterusnya.. hinggalah terbaru paparan QHD 'menjajah' segenap skrin yang ada.

Tetapi semua itu tidak lama. Terbaru, apabila keluarnya LG G5, segala penanda aras berubah.

Telefon bimbit pintar terbaru selepas ini kalau versi flagship nampaknya wajib ada ciri:

Pengimbas cap cari, Megapixel kamera yang lebih besar, kapasiti bateri yang lebih besar juga, lebih RAM, lebih cantik paparan skrin, CPU dan GPU yang lebih pantas, sokongan audio dari pelbagai syarikat terkenal seperti Bang & Olufsen (untuk para audiophiles) dan ia harus modular.

Kenapa? Ya, supaya mudah untuk pencinta gajet ini menambah pelbagai modul sokongan untuk meningkatkan lagi ciri yang ada pada sesebuah telefon itu.

Persoalan pokoknya di sini di masa akan datang apakah yang cuba dicapai oleh para pembikin telefon bimbit pintar ini?

Adakah mereka cuba menjadikan ia kamera 'tetap' untuk para jurugambar?
Peranti paling mudah dibawa untuk mereka yang gemar menonton sesuatu contohnya YouTube?
Pengganti PC/laptop?
Atau mungkinkah nanti akan muncul telefon bimbit yang jauh lebih kompleks lagi, yang dapat digunakan untuk tugas-tugas lebih mencabar?

0 comment... add one now