Emma Morano kini muncul manusia paling tua di dunia


Emma Morano



“Keadaan saya baik pada umur 116!” kata Emma Morano yang kini muncul sebagai manusia paling tua di duniaWarga Itali itu tersenyum menerima kehadiran tetamu, termasuk wartawan, selain mendapat ucapan selamat daripada orang ramai.

Wanita yang ditemani seorang penjaga serta dua sepupunya itu sedang tidur ketika pihak media sampai untuk mendokumenkan pencapaiannya. Bagaimanapun mereka sabar menunggu sehingga beliau bangun.

Morano menetap di sebah pangsapuri di sini, sebuah bandar di utara negara itu yang menghadap Tasik Major yang terletak di selatan Itali.

Wanita ini dipercayai manusia terakhir masih hidup yang lahir pada tahun 1800-an dengan tarikh lahirnya 29 November 1899. Jarak masa itu hanya empat setengah bulan selepas Susannah Mushatt Jones meninggal dunia di New York, kelmarin pada usia 116 tahun. – AP



0 comment... add one now