Ditipu rakan perniagaan, punca bisnes Uqasha Senrose gulung tikar!


PELAKON Uqasha Senrose sebelum ini pernah melancarkan koleksi jenama tudungnya sendiri seperti kebanyakkan artis lain, tetapi selepas itu dia mengakui bahawa dia telah ditipu oleh rakan perniagaannya sendiri.
“Bisnes tudung saya cuma bertahan 9 bulan kerana saya sudah ditipu. Sekarang tak ada lagi jenama tersebut dan saya akan membuat penjenamaan semula selepas ini” katanya kepada portal Rotikaya.
Uqasha juga turut meluahkan rasa kesal apabila namanya disalah guna oleh pihak tersebut untuk mendapatkan keuntunga, dan dia juga kecewa kerana hanya mendapat pulangan sebanyak RM5,000 sepanjang sembilan bulan tersebut.
“Saya jenis cepat mempercayai orang. Mula-mula semua janji manis, tapi selama sembilan bulan, saya cuma dapat RM5,000. Saya tidak mempunyai masa untuk memantau aktiviti bisnes tersebut kerana mempunyai komitmen lakonan.
“Orang senang nak ‘goreng’ saya sebab saya tidak mempunyai asas dalam bidang pernigaan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati supaya perkara ini tidak berulang lagi’, jelas Uqasha.
Tambahnya, dia akan berusaha untuk mengembalikan bisnesnya dan akan lebih berhati-hati supaya tidak ditipu lagi. Dia juga menjelaskan tidak akan memanjangkan isu ini ke muka pengadilan. 

Sumber - portal rotikaya 

0 comment... add one now