Dilaporkan WhatApps akan membangunkan untuk platform Windows dan Mac

WhatsApp-Windows-Mac-header

Selepas memperkenalkan WhatsApp web, syarikat permesejan popular ini kini dilaporkan sedang membangunkan aplikasi khusus untuk komputer peribadi yang beroperasi pada platform Windows dan Mac.

Satu akaun twitter WABetaInfo telah mendapat akses kepada beberapa gambar ‘screenshot’ daripada laman WhatsApp yang mendedahkan terdapat satu pautan muat turun bagi aplikasi WhatsApps untuk platform Windows dan Mac.
Sedikit kemusykilan yang ada adalah kenapa WhatsApp mahu melabur duit didalam pembangunan aplikasi khas untuk platform ini walaupun sudah mempunyai sokongan melalui enjin pelayaran internet seperti Goolge Chrome dan Safari (WhatsApp Web).
Salah satu sebab kenapa WhatsApp mahu membangunkan aplikasi khas untuk Windows dan Mac adalah untuk menawarkan sokongan panggilan audio yang tidak ditawarkan melalui WhatsApp Web.
Buat masa ini tiada sebarang maklumat akan sejauh manakah pembangunan aplikasi WhatsApp bagi platform Windows dan Mac ini berada namun ianya mungkin dilancarkan tidak lama lagi.
Walaupun menawarkan aplikasi permesejan ini secara percuma, usaha WhatsApp untuk menawarkan banyak ciri baru adalah sesuatu yang harus dipuji.
WhatsApp kini mempunyai hampir 1 bilion pengguna seluruh dunia dan dengan perkembangan ke platform seperti Windows dan Mac, jumlah pengguna WhatsApp mungkin meningkat dengan lebih pantas selepas ini.
muat turun WhatsApp untuk Android di SINI
muat turun WhatsApp untuk iOS di SINI

0 comment... add one now