Didakwa Lambang Salib Dalam Keychain Kaabah?

keychainnnn2

SEORANG netizen mendakwa seutas keychain miliknya yang menggunakan gambar kiblat orang Islam, terselit tanda salib pada bahagian dalam keychain tersebut.
Pengguna Facebook Atisha Tisha memuat naik beberapa keping gambar itu dengan mengatakan keychain tersebut dibeli ibunya ketika melakukan umrah di tanah suci.
Keychain ni ibu saya beli dari Makkah, lambang Kaabab dan tiba-tiba terjatuh dari meja, so di dalamnya ada tanda salib? Bakpo boleh jadi begini? Sedangkan keychain ni datang dari tanah suci Mekkah,” tulis di posting bergambarnya.
at2i
Difahamkan, Atisha menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan gambar Kaabah tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.
Lantas netizen di media sosial tidak henti-henti mengeluarkan pendapat masing-masing serta ada yang mengatakan ia sebenarnya adalah ‘modus operandi’ mubaligh Kristian.
keychainnnn
keychainnnn2
Jika anda masih ingat, insiden yang sama juga pernah dilaporkan berlaku pada tahun lepas di mana, keychain milik Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) turut dikatakan mempunyai lambang salib di dalamnya.
Perkara tersebut telah dijelaskan oleh pihak pembekal keychain dengan memohon maaf dan mengatakan bahawa silang yang seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk digamkan gambar.
Mereka juga telah menarik balik pengeluaran keychain dan mengatakan tiada niat untuk melakukan perkara yang radikal seperti penyebaran fahaman Jesus atau sebagainya.
Jadi apa kata anda berkenaan keychain Kaabah ‘Salib’ ini. Adakah pihak pembekal terlalu naif dan tidak mempunyai sensitiviti agama?- MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now