Dayana Roza hanya berdiam diri, enggan komen hisap rokok & menari di kelab malam!


Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri



MELONJAK naik menerusi drama bersiriAsam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza mula mendapat perhatian peminat drama Melayu.

Namun aktres ini tidak lekang dari kontroversi yang melanda dirinya.
Sebelum ini, tersebar cerita Dayana mempertikaikan kredibiliti pendatang baharu, Hafidz Roshdi sebagai pelakon kayu dan kualiti lakonan yang tidak memuaskan.

Menurut sumber, pelakon berusia 25 tahun ini dikatakan berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota malah turut dilihat menghisap rokok dan menari tanpa menyedari dirinya menjadi perhatian pengunjung pusat hiburan itu.
Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
Menurut Dayana kepada sumber itu, dia mengambil inisiatif untuk berdiam diri kerana takut menjejaskan kerjayanya dan beranggapan perkara itu adalah hak peribadinya.

“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk. “Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat.

0 comment... add one now