Datuk Aliff kongsi kisah hidupnya 6 kali bankrap sebelum digelar jutawan


PENGASAS kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar jutawan termasuklah mengalami gangguan pembelajaran yang menyukarkannya untuk membaca dan menulis.
“Ramai yang tidak mengetahui kisah hidup saya yang saya tidak tahu berbahasa inggeris dan disahkan disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan gangguan pembelajaran yang menyebabkan saya sukar untuk membaca dan menulis”, katanya kepada portal Astrogempak.
Aliff turut menceritakan kisah pahit yang menimpa diriya sebelum bergelar jutawan, dia pernah disamun ketika mempromosikan produknya dari rumah ke rumah.
Sebelum bergelar jutawan, dia juga pernah mengalami gangguan kewangan sehingga menyebabkan dia bankrap sebanyak enam kali. Dan dia telah berkongsi pengalamannya itu di dalam bukunya.
“Bukan mudah untuk saya bangkit selepas disamun dan bankrap. Tujuh tahun saya membina empayar dan untuk bergelar jutawan ia bukan sesuatu yang mudah.
“Pelbagai pengalaman terpaksa dilalui yang tak semua orang tahu mengenainya.
“Disebabkan itu, saya menghasilkan sebuah buku yang lebih seperti sebuah ‘diari’ untuk menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu bergelar usahawan” katanya.

Sumber - astrogempak 

0 comment... add one now