Dato' Siti Nurhaliza terkejut, tengok idola muzik A.R Rahman datang melawat kediamannya!


 
 “Masya Allah...nak pengsan...idola muzik saya sudi datang ke rumah. A.R Rahman. My dream came true (Impian saya jadi kenyataan)... Thank You Allah SWT (Terima kasih Allah SWT),"
 
Berikut luahan Dato’ Siti sejurus idola muzik tersohor India, A.R Rahman datang melawat penyanyi terkenal tanah air ini di kediamannya pada isnin lalu.  Dato’ Siti memuat naik beberapa keping gambar bersama A.R Rahman menerusi Facebook dan juga Instagram bersama dengan kapsyen terujanya.
 

Dilaporkan, kedatangan A.R Rahman ke Malaysia berikutan konsertnya yang sudah kali kedua berlangsung di Malaysia dan bertempat di Stadium Merdeka pada sabtu lepas. Seramai 20000 penonton yang hadir menyaksikan persembahan lagu-lagu gubahannya yang terkenal dan hit sejak tahun 1990 hingga kini. Selain itu, ura-ura mengatakan, kedua-dua penyanyi legenda ini akan berkolaborasi dan masih lagi dalam perancangan.
 
Sebelum ini , Dato’ Siti pernah merakamkan dan mempersembah lagu ciptaan A.R Rahman untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro pada Ogos tahun lepas. Karya A. R Rahman bukan sahaja tersohor di India ,alah diiktiral di seluruh dunia. 

Amboi, kemain sakan Mak Iti kita bergambo ye. hehe



0 comment... add one now