Cuba jawab teka-teka ini, IQ ni test jadi trending sekarang!


Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!











ADAKAH anda seorang yang pintar matematik atau mempunyai kebolehan berfikiran secara logik? Haa, mari uji kemampuan berfikir dengan menjawab teka-teki mudah di bawah!
Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!
Kaedahnya mudah: anda hanya perlu fahamkan pola congakannya terdahulu seperti yang tertera pada gambar rajah di atas. Permainan nombor ini telah mencetuskan kegilaan di Facebook, dan telah dikongsi oleh 3 juta pengguna setakat ini.

Bagaimanapun, seorang personaliti YouTube telah mencipta sebuah ‘ujian di dalam ujian’ pada April lalu untuk lihat sama ada majoriti daripada mereka yang kongsikan teka-teki itu benar-benar faham konsep permainan uji IQ ini, ataupun mereka hanya mahu tampak cerdik di media sosial.

Presh Talwalker telah mencabar orang ramai jika mereka benar-benar memahami logik ujian minda viral itu, dengan meminta untuk menyelesaikan masalah ini:

Jika 6 + 4= 210, maka ? + ? = 123

Amacam, rasa-rasa soalan ini mudah atau tidak? Ambil pen dan kertas! Ok, sebelum kami ‘subsidi’kan jawapannya kepada anda, mari lihat kaedah penyelesaian masalah ini dahulu:

Contohnya, diberikan permasalahannya begini: 10 + 6 = 416. Bagaimanakah jawapannya menjadi 416?

10 – 6 = 4
10 + 4 = 16

Tulis kedua-dua jawapan diatas bersama dan anda akan dapat 416. Sama juga kaedahnya dengan soalan yang lain.

Oleh itu, jika ?+? = 123 pula?
Jika anda pisahkan kedua-dua jawapan ini, anda akan dapat nombor nilai 1 dan 23.
Lihat nombor apa yang apabila ditambahkan akan menjadi 23, dan jawapan selepas kedua-dua nombor yang diberikan itu ditolak haruslah nilainya 1.
12 – 11 = 1
12 + 11 = 23

Kumpulkan kedua-dua nombor di atas bersama: 12 + 11 = 123. Mudah kan?
Ini pula contoh jawapannya dalam kaedah penyelesaian algrebra:
Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!
Senaman minda seperti ini baik untuk merangsang otak kita agar lebih tajam dan fokus berfikir. Malah, menurut satu kajian Marcel Danesi, Ph.D., dalam bukunya yang bertajuk Extreme Brain Workout, permainan uji minda dapat meningkat keupayaan untuk melakukan keputusan di samping melatih otak untuk berfikir di luar kotak.

0 comment... add one now