Cikgu Pesan Beli Hadiah! Tapi Tak Mampu Kecuali…

SEMUA orang ada guru, tetapi tidak semua yang dapat merasai pengalaman jadi seorang guru. Guru-guru kita sendiri pasti sudah lupa kenakalan itu.

Maklumlah, ramai murid yang nakal semasa di sekolah tapi cerita ini tentang hadiah diterima seorang guru daripada seorang murid sempena Hari Guru ternyata menyentuh perasaan.
Mungkin kerana kemiskinan hidup, murid tersebut hanya mampu memberi sebungkus hadiah yang di dalamnya berisi sebiji kelapa.
13260016_1105199726205052_6559015144389747498_n
Rasanya murid yang memberi itu tidak mampu, ataupun murid tersebut lahir dari keluarga susah kerana tangan yang memberi lebih ikhlas daripada tangan yang menerima.
Bagaimanapun gambar yang tersebar luas menerusi media sosial itu tidak menyatakan di manakah peristiwa ini dirakamkan. Yang penting kita fikir positif dan baik-baik.
Mungkin ia memberi maksud pengorbanan guru ibarat kelapa dan ilmu yang dicurahkan tidak ternilai sama dengan sebiji kelapa. Tanpa ilmu kita tidak melihat lebih jauh.
Namun, ilmu yang dicurah tidak dihargai seperti kelapa menjadi kering dan terbiar adakalanya tumbuh kembali.
Selamat Hari Guru, Jasamu Tetap Dikenang. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Video Viral

0 comment... add one now