Cara ringkas daftar Facebook baru versi bahasa Melayu dengan mudah

Cara daftar facebook baru versi bahasa melayu dengan mudah dan lengkap
Boleh dikatakan lebih 99% pengguna internet mempunyai akaun social media yang paling besar ini. Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh laman facebaker sebuah laman yang membuat kajian dan statistik dan kepenggunaan laman sosial facebook dikalangan pengguna internet di seluruh dunia, Negara Malaysia berada di tangga 16 yang mempunyai pengguna terbesar laman facebook di dunia.
Jadi tidak hairanlah jumlah carian yang dipaparkan oleh mesin pencari (search engine) berdasarkan kata kunci ” Cara daftar facebook” begitu tinggi iaitu mencapai 1,350,000 carian. Ini bermakna saban hari ada sahaja yang ingin membuka akaun facebook.
Cara buka akaun facebook baru merupakan salah satu kata kunci yang digunakan oleh mereka yang ingin mendaftar facebook. Sekiranya anda berjumpa dengan kenalan lama ataupun kenalan baru, pasti anda akan ditanya “kamu ada akaun facebook tak?”, “Apa id facebook kamu” ataupun “jangan lupa add saya di facebook”.

Kebaikan dan keburukan apabila daftar Facebook

Oleh kerana facebook merupakan jaringan sosial yang terbesar di dunia berbanding sosial media yang lain seperti twitter, google plus, pinterest dan sebagainya sudah tentu akan ada kebaikan dan keburukan tentang penggunaannya. Walaubagaimanapun kebaikan dan keburukan apabila daftar facebook bergantung kepada pengguna itu sendiri. Di bawah ini saya senaraikan kebaikan dan keburukan penggunaannya.

Kebaikan menggunakan facebook

  1. Usaha mencari kenalan lama dan juga baru menjadi lebih mudah
  2. Dengan mempunyai jumlah kawan yang ramai, secara tidak langsung boleh meningkatkan ilmu dan pengetahuan hasil perkongsian sesama rakan.
  3. Mampu memberikan pendapatan online yang lumayan dengan mempromosikan produk jualan di facebook.
  4. Boleh berhubung dengan sahabat, kawan dan juga saudara mara sepanjang masa.

Keburukan menggunakan facebook

  1. Kurang berkomunikasi di dunia yang nyata kerana ramai yang hanya berkomunikasi di facebook.
  2. Mudah menerima berita ataupun isu semasa yang belum sahih.
  3. Banyak membazirkan masa kerana pengguna facebook hanya sibuk untuk update status ataupun melihat status orang lain.
  4. Menjadi medan untuk memaki, menyebarkan fakta yang tidak sahih dan memburukkan orang lain.
  5. Mudah tertipu promosi yang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jadi penggunaan yang berhati-hati dan menggunakan akal fikiran yang waras mampu mengurangkan keburukan penggunaan akaun facebook anda.

Bagaimana nak daftar facebook baru

Sebelum mengikuti cara mendaftar facebook baru dengan lengkap di bawah ini, terlebih dahulu anda hendaklah mempunyai akaun email. Tidak kiralah email yahoo ataupun email gmail. 
Jika anda sudah mempunyai akaun email, sila ikuti langkah seterusnya cara buka akaun facebook baru di bawah ini.

Daftar akaun facebook baru

  1. Layari laman facebook melalui urlwww.facebook.com dan anda kan nampak paparan sebagaimana di bawah.
  2. cara daftar akaun facebook baru
    Ruangan daftar akaun facebook baru
    isikan beberapa maklumat yang diperlukan sebelum menekan butang “Daftar”.
    Contoh :
    • Nama Pertama : Ali Nama Keluarga : Amran
    • E-mel ataupun nombor mudah alih anda : Masukkan alamat email anda ataupun nombor handphone anda
    • Masukkan semula e-mel atau nombor mudah alih anda : Masukkan semula alamat email ataupun nombor handphone tadi.
    • Kata laluan baru : Masukkan kata laluan yang anda inginkan. Peringatan: kata laluan yang dimasukkan mestilah diingati ataupun disalin supaya anda tidak terlupa nanti. Jangan diberikan kepada orang lain. Anggaplah ianya sebagai nombor pin kad bank anda.
    • Masukkan maklumat kelahiran anda seperti hari, bulan dan tahun. Data-data ini perlu diingat kerana berkemungkinan akan digunakan nanti. Umpamanya alamat email dan juga kata laluan akan digunakan untuk masuk ke facebook anda.
    • Apabila semuanya sudah siap diisi, klik butang “Daftar”.
  3. Seterusnya ialah anda akan dibawa ke satu halaman yang mempunyai dua langkah untuk membuat akaun facebook.
  4. langkah kedua cara buka akaun facebook baru

    Temui rakan anda dan tambah gambar profil

    Langkah 1 : Temui Rakan anda
    Pada langkah ini, anda dicadangkan untuk mencari rakan melalui email yang dicadangkan seperti cari rakan di gmail,yahoo, hotmail dan juga email yang lain. Saya mencadangkan supaya anda biarkan dulu langkah dengan klik “Langkau langkah ini”. Ini kerana anda boleh mencari rakan anda apabila telah siap daftar akaun facebook ini nanti.
    Apabila anda mengklik “Langkau langkah ini” satu pop-up akan dikeluarkan yang menyuruh anda samada “skip” ataupun “cari rakan”. Pilih “skip” terlebih dahulu. Anda akan di bawa ke halaman yang tertulis “Selamat Datang Ke Facebook, nama anda”.
    Langkah 2 : Tambah Gambar Profil
    Pada langkah ini disediakan empat perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah cari rakan yang telah sedia men daftar facebook dalam emel anda, kenali tetapan privasi anda, muatnaik gambar profil dan cari orang yang anda kenal. Di bahagian kenali privasi anda ialah diceritakan sedikit tentang tetapan privasi pada facebook anda. Abaikan terlebih dahulu dan klik “Tambah gambar”.
    tambah-gambar-facebook
  5. Log out akaun facebook baru anda. Langkah seterusnya ialah mengesahkan alamat email anda.

Pengesahan alamat email semasa daftar facebook baru anda

Buka email yang telah anda daftar facebook tadi dan cari emel yang datangnya dari facebook. kebiasaannya emel tersebut akan berada di ruangan Social. Anda akan menjumpai emel yang bertajuk ” Hanya satu langkah lagi untuk bermula di Facebook” dan kod pengesahan dihantar di emel tersebut. Buka email tersebut dan klik “Sahkan akaun anda”. Anda mungkin diminta untuk memasukkan kod pengesahan. Masukkan kod pengesahan yang telah dihantar.

Selesai

Selesai sudah cara daftar facebook baru versi bahasa melayu anda.
Demikianlah penerangan ringkas dari saya mengenai cara buka akaun facebook baru dengan lengkap. Semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca yang belum memahami cara daftar akaun Facebook yang baru. Insha allah dimasa akan datang saya akan cuba berkongsi pula tentang cara setting privasi akaun facebook. Sekiranya ada pertanyaan ataupun kemusykilan, sila ajukan diruangan komen. Akhir kata terima kasih kerana sudi membaca artikel ringkas daftar facebook dari saya ini.

0 comment... add one now