Cara mudah merawat demam kuning pada bayi

Punca Demam Kuning Pada Bayi Dan Cara Merawatnya
Demam Kuning atau Penyakit Kuning pada bayi pasti akan merisaukan ibu bapa. Bayi yang dilahirkan secara sihat dan normal juga kadang kala boleh terkena demam kuning.
Bagaimana Demam Kuning ini boleh terjadi?
Demam kuning atau Jaundis adalah penyakit yang berlaku akibat penghasilan pigmen kuning ketika proses penguraian normal sel darah merah. Kira-kira 60 ke 70 peratus bayi yang baru lahir boleh terkena demam kuning.
Biarpun penyakit demam kuning ini nampak biasa dan kerap menyerang bayi dalam usia 1 ke 4 hari namun ia tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana mengikut kajian, penghasilan pigmen kuning jika melepasi ke satu tahap boleh menjejaskan pendengaran bayi. Malah perkembangan otak juga boleh terjejas.
Punca Demam Kuning Pada Bayi Dan Cara Merawatnya
Sebagai ibu bapa mesti anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan bayi anda boleh terkena penyakit demam kuning. Dalam artikel ini saya kongsikan.
Punca Demam Kuning Pada Bayi Dan Cara Merawatnya
1)Kebiasaannya menyerang bayi pramatang atau tidak cukup bulan.
2) Bayi yang kurang diberi minum susu ibu ataupun kurang disusukan selepas lahir.
3) Berlaku jangkitan atau trauma semasa kelahiran.
4) Ibu dan bayi yang dilahirkan berlainan jenis darah
5) Boleh dikatakan penyakit genetik juga kerana jika adik beradik bayi pernah terkena penyakit kuning maka bayi yang baru dilahirkan juga mempunyai risiko lebih tinggi terkena demam kuning.
6) Penggunaan ubat mempercepatkan kelahiran.
Cara Kenal Pasti Bayi Terkena Demam Kuning
Cara yang paling mudah untuk kenal pasti sama ada bayi anda terkena penyakit demam kuning adalah dengan menekan sedikit kulit bayi di bahagian dahi, hidung atau dada di bawah cahaya yang terang. Kemudian angkat jari anda, jika ada kesan kuning pada kulit bayi anda maka ia menandakan bayi anda ada penyakit demam kuning. Ataupun anda boleh periksa gusi dan bahagian putih mata bayi anda. Jika ia berwarna kekuning-kuningan, eloklah anda bawa bayi anda untuk rawatan lanjut.
Rawatan Penyakit Demam Kuning Pada Bayi
Anda tentu tertanya-tanya apakah rawatan yang akan dilakukan ke atas bayi anda bila disahkan bayi anda ada demam kuning. Kebiasaannya di hospital akan digunakan terapi lampu atau Phototherapy iaitu menggunakan cahaya Bililight. Bayi akan dibogelkan dan matanya akan ditutup. Kemudian diletakkan di bahaya cahaya Bililight untuk menurunkan tahap bilirubin (pigmen kuning).
Rawatan awal pasti akan menyelamatkan bayi anda. Jika anda rasa artikel Punca Demam Kuning Pada Bayi Dan Cara Merawatnya ini bermanfaat jangan lupa SHARE selepas anda baca.
sumber: WOM

0 comment... add one now