Cara mudah hilangkan migrain dengan dalam masa 3 minit sahaja!

lemons-lemon-juice-750x564
Assalamualaikum...kali ni saya nak kongsikan cara nak atasi migrain hanya masa yang singkat. Tok sah payah-payah beli ubat kat farmasi.
Sakit kepala ataupun migrain? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Migrain memang boleh membuatkan korang hilang perhatian terhadap suasana sekeliling dan membantutkan hari korang! 
Bila migrain dah mula serang, biasanya kita hanya akan makan ubat dan tidur dengan harapan sakit akan hilang selepas bangun. Tapi macam mana pula kalau korang alergik ubat migrain? Atau sakit masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. 
Jom kita baca antara alternatif lain yang diperolehi dari portal Siraplimau yang boleh dicuba:
Bahan:
  • Sedikit kulit lemon
  • Jus perahan lemon
  • Garam Himalaya
Note: Garam adalah baik untuk kesihatan korang kerana boleh meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuatkan sistem imun korang kuat.
Cara penyediaan:
  • Campurkan jus lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk.
  • Masukkan bersama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
  • Campur dalam segelas air.
  • Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya tidak enak.
Lepas korang selesai minum, dalam masa beberapa minit kesakitan akan berkurangan atau akan hilang. 
Note: Kalau korang mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpada-pada.

0 comment... add one now