Cara mudah bold, italic dan strikethrough Whatapps terbaharu

APLIKASI yang memberikan seribu satu kemudahan kepada orang ramai, WhatsApp sejak akhir-akhir ini dilihat lebih aktif dalam menguji dan mencuba pelbagai fungsi baru.


Jika sebelum ini mereka memperkenalkan aturan kod berkunci (privasi pengguna) dan penghantaran dokumen besar, terbaharu WhatsApp mombolehkan perkataan yang dikirim dengan aplikasi ini boleh ditebalkan (bold), diserongkan (italic) atau digaris (strikethroughs).
wasssap
Cara-caranya :
Untuk menghantar teks berbentuk tebal, anda hanya perlu menaip teks diantara tanda *. Sebagai contoh, untuk tebalkan perkataan HAZIQ, pengguna perlu menaip *HAZIQ*.
Seterusnya untuk menjadikan teks berkenaan condong, menggunakan konsep sama, tetapi dengan awalan dan akhiran _.
Sebagai contoh, taip _HAZIQ_ sewaktu hendak mengirim teks dan tekan hantar, maka hasilnya akan menjadi HAZIQ.
Manakala untuk membuatkan teks andadigariskan  , juga sama sahaja, hanya perlu menggunakan ~ di kedua-dua penggal dan hujung perkataan.
Apa pendapat anda? Kami rasakan fungsi baru ini pasti membuatkan orang ramai sangat teruja lebih-lebih lagi jika hendak memberikan kelainan sewaktu berbalas mesej.
Sumber: ExpressUK

0 comment... add one now