Captain America: Civil War ungguli carta box office Amerika atasi The Jungle Book


'Captain America' ungguli carta box office di Amerika



















Filem 
Captain America: Civil War berjaya menewaskan filem Disney,The Jungle Book, dalam carta box office Amerika apabila ia mendapat kutipan sebanyak AS$179.1 juta (RM726.56 juta) pada penghujung minggu lepas.

Captain America: Civil War menampilkan Chris Evans dan wira-wira komik Marvel termasuk Iron Man dan Black Widow yang bersaing antara satu sama lain berikutan perbezaan pendapat sama ada mereka perlu akur kepada permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Filem Jungle Book jatuh ke tangga kdua setelah empat minggu memasuki carta box office.

Menurut Exhibitor Relations, filem itu berjaya mencatat kutipan AS$24.5 juta (RM99.39 juta) pada penghujung minggu lepas, dan AS$287.6 juta (RM1.2 bilion) secara keseluruhan sejak ia ditayangkan.

Sementara itu, Mother’s Day yang dibintangi Julia Roberts dan Jennifer Aniston berjaya meraih sejumlah AS$11 juta (RM44.62 juta).
Antara filem lain yang menduduki carta sepuluh teratas termasuk The Huntsman: Winter’s WarKeanu,ZootopiaBarbershop: The Next CutTheBossRatchet and Clank dan Batman vsSuperman.

0 comment... add one now