Burger McDonald's edisi khas Angry Birds The Movie


MCDONALD’S memang sudah tidak asing lagi buat penggemar makanan segera di seluruh dunia.

Kunci utama mengapa McDonald’s begitu popular adalah disebabkan mereka komited dalam memberikan apa yang pelanggan mahu, lebih-lebih lagi tiap hidangan baru yang dibawa mereka pastinya mempunyai ciri-ciri kreatif.
Terbaharu, sempena  filem Angry Birds The Movie, McDonald’s China memperkenalkan burger edisi khas mereka iaitu The Naughty Green Pork Burger dan Super Red Burger.
Burger ini dihasilkan bersempena watak-watak yang terdapat di dalam filem Angry Birds.
burger2
burger3
Jika anda pernah main permainan Angry Birds di peranti pintar, pasti kenal dengan warna-warna karekter burung dan watak khinzir yang terdapat dalam permainan itu.
Bagaimanapun, disebabkan ianya merupakan ‘pork burger’ maka sudah pasti burger ini tidak akan sampai ke negara kita.
burger
mcddddd
Apa-apa pun, roti burger edisi khas Angry Birds di China ini memang kreatif dan merupakan gimik pemasaran yang sudah pasti mampu menarik lebih ramai pelanggan di sana mengunjungi McDonald’s. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro.co.uk

0 comment... add one now