Buaya sesat di dalam kolam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu jadi viral


Rakaman video yang menunjukkan seekor buaya di dalam kolam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang ditangkap oleh renjer hidupan liar telah menjadi viral setelah dikongsi di media sosial, hari ini.
Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan buaya itu sedang berenang berhampiran tebing lagun yang mengelilingi masjid ikonik tersebut, yang juga merupakan salah satu pusat tarikan pelancong di Kota Kinabalu.
Menurut penolong pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr. Sen Nathan, sebuah pasukan renjer telah ditugaskan untuk memasang perangkap di sekitar kawasan itu selepas mereka menerima aduan mengenai kehadiran buaya di dalam kolam itu.
Kata Sen Nathan lagi, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan tersebut merupakan buaya yang sama yang ditemui lebih setahun lalu di Kompleks Sukan Likas dan kemudian di Kota Kinabalu Wetland Lagoon di Likas Bay, tidak jauh daripada lokasi masjid berkenaan.-MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now