Boleh kah makan jagung berwarna-warni?

13232976_989083007877733_7008943180899574827_n

Pernah jumpa jagung bewarna-warni? Atau pernah makan? Anda jangan rasa pelik kerana ia wujud sebenarnya. Bila tengok rasa sayang nak makan sebab warna-warni betul. Ada yang mengatakan jagung ini dipanggil jagung pulut. Rasanya juga berbeza, melekit-lekit sikit, tidak manis tetapi sedap dimakan. Tetapi semestinya tidak sama dengan jagung biasa yang kita makan.
Asal-usul jagung ini sebenarnya dari Oklahoma. Carl Barnes seorang petani yang telah menghasilkan jagung warna-warni ini. Jagung ini merupakan hasil dari pelbagai tanaman jagung khusus. Dinamai demikian kerana biji jagung ini tampak seperti butiran permata dalam berbagai warna.
Cara menanamnya sama juga seperti jagung biasa iaitu melalui biji. Seperti yang diketahui, tanaman jagung adalah warisan bangsa Indian. Barnes mengumpulkan biji jagung dengan pelbagai jenis kemudian menanam di ladangnya sendiri. Ketika Barnes sudah tua, dia menyerahkan koleksi biji jagungnya yang berharga tersebut kepada salah satu sahabatnya, Greg Schoen. Seperti yang dilaporkan Business Insider, biji jagung berwarna-warni yang Barnes berikan merupakan hasil persilangan dari jagung Pawnee, jagung Osage berbiji merah, dan jagung Osage berwarna kelabu.
Ada yang mengatakan jagung ini banyak terdapat di sempadan Thailand – Malaysia. Selain dari itu terdapat juga di Indonesia. Kalau ada diantara anda pernah merasai jagung warna-warni ini, kongsi bersama saya , okay?


13266078_989083034544397_2941205765247746742_n

13238952_989083054544395_4860254539409419282_n

13241211_989083091211058_2725980857642264737_n
13226957_989083111211056_1849808706893056788_n
Kredit - Rezeki Sedap 

0 comment... add one now