Boeing 737 MAX 8 lakar kejayaan buat ujian penerbangan antarabangsa pertama


Boeing 737 MAX 8









Boeing 737 MAX 8 melakar kejayaan penting selepas menyelesaikan ujian penerbangan tahap tinggi di La Paz, Bolivia. Ujian itu adalah penerbangan antarabangsa pertama dalam ujian penerbangan 737 MAX.

Ujian ketinggian 13,300 kaki (4,050 meter) di lapangan terbang itu menguji keupayaan MAX semasa pelepasan dan pendaratan pada tahap tinggi, yang boleh memberi kesan ke atas prestasinya secara menyeluruh, kata Boeing dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Boeing Commercial Airplanes yang juga Pengurus Besar program 737, Keith Leverkuhn, berkata enjin dan sistem lain berfungsi dengan baik, seperti yang dijangkakan, di bawah kedudukan yang ekstrim.

Ujian penerbangan pesawat 737 MAX berjalan mengikut jadual dengan tiga ujian sudah menyelesaikan gabungan lebih 100 penerbangan.

Ujian keempat dan terakhir pesawat itu melibatkan penerbangan pertama dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan program itu dijangka dapat melaksanakan penghantaran pertama pada suku ketiga 2017 mengikut jadual. – BERNAMA

0 comment... add one now