Blogger tutorial tips blog muncul di search engine

panduan blogger

Okay…anda sudah mempunyai blog atau laman web sendiri. Tapi ramai yang tidak tahun akan kewujudannya. Atau mungkin, jika dicari dalam enjin pencari seperti Google dan Yahoo, nama blog anda tidak muncul, kenapa? 
Apa sebenarnya yang perlu anda buat agar kehadiran blog anda diketahui umum. Apakah silap anda? Bagaimanakah blog rakan-rakan anda muncul pada enjin pencari? Realitinya, membuat blog adalah senang tetapi mempromosi dan menghebahkan kewujudan blog anda kepada umum tidak semudah yang kita rasakan…
Di sini saya ingin berkongsi tip-tip ringkas bagaimana untuk membolehkan blog kita muncul dlam enjin pencari seperti Google dan Yahoo.� Apatah lagi untuk muncul pada halaman pertama dalam enjin pencari sudah tentu amat sukar kerana persaingan dalam internet tersangat hebat. 
Sebenarnya, ada banyak cara yang perlu dilakukan oleh anda agar blog anda wujud di mata umum, bermula dengan script-script yang dipasang, penggunaan meta tag yang bertepatan sehinggalah menggunakan khidmat SEO (Search Engine Optimization).
� Berikut adalah tip-tip yang boleh anda gunakan:
Tip untuk Google
1. Cuba taipkan alamat URL blog kamu di google search,� kemudian tekan Enter. Jika blog anda muncul, ini bererti ianya sudah di indeks� oleh Google, e tapi mungkin masih kalah bersaing dengan yang lain. Dan jika blog anda tidak muncul bererti ianya belum memasuki indeks Google. Cuba daftarkan blog anda dihttp://google.com/addurl. Hasilnya tidak terus menjadi, kerana ianya memerlukan waktu supaya blog kita diindeks� oleh google.
2. “Title Blog” atau tajuk blog, jika membuat blog tentunya kita disuruh untuk membuat title blog. Title blog ini sangat penting dan sangat berpengaruh terhadap hasil pencarian di search engine, jadi pintar-pintarlah untuk memilih title blog anda. Buatlah title blog yang menggambarkan isi dan kandungan artikel blog anda. Jangan terlalu panjang dan jangan terlalu pendek.
3. “Title Posting” atau tajuk post anda. Title posting ini juga hampir sama pentingnya dengan title blog. Dalam membuat title posting atau judul kiriman hendaknya difikirkan betul-betul, bayangkan teks-teks title/judul yang paling sesuai dengan post anda. Juga bayangkan sekiranya anda yang mencari artikel di internet. bagaimana halatuju anda mencarinya, entri teks atau katakunci / keyword yang anda cari. Sebaik mungkin, anda gunakan“Keyword Tool” untuk mendapat idea bagaimana seseorang mencari teks dalam Google.
4. “Update Blog”, sering-seringlah mengupdate atau mengemaskini blog anda setidaknya sekali atau dua dalam satu minggu. Perkara ini berlaku pada salah satu blog saya, di mana saya tidak menggemaskinikan blog tersebut secara berkala, dan kesannya jumlah kunjungan tetamu berkurangan. Setelah saya kembali mengupdatekannya, ianya meningkat secara agak drastik.
5. “Promosikan blog anda”, promosikan blog anda ke banyak web/blog, forum, laman-laman yang menyediakan hebahan percuma. Cuba buat linkexchange atau pertukaran link dengan rakan-rakan blogger yang yang lain. Di samping itu, apabila nada menyertai sebarang forum, pastikan anda letak “signature” anda dengan link ke blog anda. Jangan terlalu strict meletakkan link tersebut, sebaliknya gunakan cara kreatif dengan link tersebut.
Anda juga disaran lakukan “blogwalking” atau menjelajah dari satu blog ke blog yang lain, tinggal komen yang berfaedah dan menarik pada entri atau artikel dalam blog tersebut. Di samping itu juga, anda juga boleh menggunakan “shoutbox”atau “ruangan chat” untuk mengajak tetamu lain mengunjungi blog anda.
Hakikatnya, semakin banyak link blog anda tersebar pada blog-blog yang lain, maka semakin kerap pula spider searh engine mengunjungi blogmu. Ini boleh mempertingkatkan daya saing blog anda di mata search engine tadi..
Diharap tip-tip ini dapat diguna pakai sebaiknya. Walau bagaimana pun, ia tidak menjamin blog anda akan terus berjaya memasuki hasil pencarian pada search engine kerana metode sebenar penghasilan carian pada search engine bergantung kepada algoritma yang gunakan oleh search engine tersebut.
Selamat mencuba!!

0 comment... add one now