Header Ads

Biodata lengkap Idris Khan pelakon Duda Terlajak Laris

Gambar Pelakon Idris Khan

Pelakon kacak, Idris Khan mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan tanah air selepas membintangi watak utama dalam drama berjudul Duda Terlajak Laris di slot Akasia TV3 yang sering menjadi pilihan penonton
Meskipun kini bergelar pelakon, Idris Khan masih aktif sebagai seorang peragawan dan menghiasi pentas peragaan serta majalah fesyen tempatan selepas daripada pertandingan Hero Remaja pada tahun 2008
Bagi Idris Khan, lakonan dan peragaan berada dalam satu industri yang sama. Jadi, ia bukanlah dua perkara yang asing buat dirinya.
Difahamkan matlamat utama Idris Khan menceburi bidang lakonan adalah untuk menjadi seorang pelakon yang dikenali. Dalam masa yang sama, dia mahu memperbaiki diri setiap kali muncul dengan watak dan naskhah baharu
Yang terbaharu, Idris Khan turut tercalon dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) menerusi kategori Aktor Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars
BIODATA DAN GAMBAR IDRIS KHAN PELAKON DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS TV3
Buat peminat drama di Slot Akasia yang mula meminati lakonan Idris Khan berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang Idris Khan
Gambar Terkini Pelakon Idris Khan
PerkaraButiran
Nama PenuhIdris Khan Bin Abdul Ghaffar
Umur28 tahun (2016)
AsalCheras, Kuala Lumpur
Tarikh Lahir15 Disember 1988
KerjayaPelakon dan Model (peragawan)
Minat / HobiPerniagaan / Bersukan
Laman Sosial InstagramTunjuk LinkInstagram
Laman Sosial TwitterTunjuk LinkTwitter
DramaWatak
Abang Sado Jemur KainHaris
Cinta Hati AbahIkmal
Uda dan DaraImaran
BodyguardDaniel
Puteri Gunung LedangZaidi
Duda Terlajak LarisZack

No comments

Powered by Blogger.