Biadap! Kematian tragis Enno dijadikan bahan troll di FB


BEBERAPA gambar tidak sensitif mempersendakan cara kamatian seorang remaja perempuan dari negara jiran yang disula dengan cangkul, mula dikesan di media sosial.
Gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab dan salah seorangnya dipercayai merupakan seorang anggota polis berdasarkan penelitian kami di halaman Facebooknya.
Pengguna akaun Facebook El Torreto dilihat muat naik gambar itu dengan kapsyen: “Mangsa rogol terbaru, sebelum ni guna cangkul, tapi yang ni menggunakan penyodok sampah. Tragis. PDRM action,”.
torretto
Manakala, dua lagi gambar yang tidak diketahui maklumatnya turut mendapat kecaman hebat dari pengguna media sosial.
Enno 3
Enno 2
Tindakan kurang ajar dari mereka itu jelas sekali memaparkan jenis mentaliti yang mana mempersendakan sesuatu perkara itu mungkin dilihat sebagai bahan jenaka buat mereka.
Tergamak mereka buat begini. Bagaimana jika kejadian ngeri itu berlaku pada ibu atau adik perempuan mereka? Sanggupkah bergurau seperti ini?” soal seorang pengguna Facebook.
Perempuan ni bukan saja adik beradik kita, atau rakan taulan. Tapi juga isteri, Ibu kita. Orang  yang melahirkan anak-anak kita, kurang ajar punya joke!,” kata ZF Zamir. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now