Berteka-teki akhirnya Chloe Grace ngaku bercinta anak David Beckham, Brooklyn!


SETELAH sekian lama berteka-teki akhirnya pelakon remaja popular, Chloe Grace Moretz, 19, mengakui bahawa dia kini sedang dilamun cinta dengan anak sulung selebriti sukan terkenal, David Beckham iaitu Brooklyn, 17.
Mengakui hal itu dalam program bual bicara kelolaan Andy Cohen, Watch What Happens Live, Chloe berkata, “Dengan berterus-terang mengenai hal ini saya rasa orang tidak akan lagi mengambil tahu mengenai kami, jadi ya kami (Chloe dan Brooklyn) memang sedang bercinta”.
Ketika ditanya Andy pendapatnya mengenai David dan Victoria Beckham, Chloe mengatakan kedua-duanya merupakan individu yang sangat baik.
becks
Brooklyn bersama ibu bapanya, David dan Victoria Beckham.
“David ialah seorang ayah yang hebat dan begitu juga Victoria. Mereka merupakan ibu bapa yang sangat baik dan yang paling penting sekali mereka telah membesarkan anak mereka (Brooklyn) menjadi seorang insan yang baik,” katanya.
Sementara itu, aktres yang bakal muncul dengan filem terbaharu, Bad Neighbours 2 itu melalui detik memalukan apabila baju yang dipakainya terkoyak, baru-baru ini.
Chloe mengayakan baju baldu ungu ketika sesi bertemu peminat bagi mempromosikan filem tersebut.
Bajunya terkoyak di bahagian belakang sebelah kanan baju namun bertindak profesional, Chloe menganggap seperti tiada apa yang berlaku dan meneruskan sesi menandatangani autograph bersama peminatnya seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
chloe2
chloe
chloe1

0 comment... add one now