Bersejarah pertemuan Pope Francis dengan Imam Besar Masjid Al-Azhar di Vatican


Pemimpin Gereja Katolik Dunia, Pope Francis mengalu-alukan kedatangan Imam Besar Masjid Al-Azhar dengan pelukan dalam satu pertemuan bersejarah semalam dengan harapan pertemuan itu membawa kepada persefahaman dan dialog antara dua agama. 

Pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi gereja Katolik dan kuasa tertinggi dalam mazhab Islam Sunnah menandakan kemuncak kepada peningkatan ketara dalam hubungan antara kedua agama sejak Francis mengambil alih jawatan pada 2013.

"Pertemuan kami adalah mesej," kata Francis secara ringkas pada pertemuan dengan Sheikh Ahmed al-Tayeb, tidak lama selepas memeluk dan mencium tetamunya.

Al-Azhar sebagai sebuah institusi pembelajaran terkemuka dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan 'persidangan keamanan'. Kenyataan itu memetik Tayeb memberitahu Francis, mereka perlu bekerjasama, berganding bahu untuk membawa kebahagiaan untuk manusia. 


Ini kerana agama samawi (langit) diturunkan untuk membahagiakan bukan menyusahkan manusia. Timbalan Imam, Abbas Shuman memberitahu rangkaian televisyen CBC Mesir, kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk meneruskan dialog dan persidangan yang dicadangkan meliputi isu kemiskinan, pelampau dan keganasan. - AFP

0 comment... add one now