Berlagak kampung, Datuk Aliff ditempelak makan durian di KLIA

aliff_syukri_durian_KLIA

KUALA LUMPUR — Apa perasan anda jika sedang menunggu untuk melancong dan meluangkan masa cuti anda, lalu tiba-tiba terbau aroma “semerbak” durian di lapangan terbang?

Mungkin ada yang terkenang kampung halaman, namun tidak kurang juga mereka yang tidak selesa dan terganggu, terutamanya warga asing yang sememangnya tidak biasa dengan raja buah itu.

Oleh demikian, gelagat jutawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang selamba menjamu durian bersama keluarganya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah ditempelak dan dikritik beberapa pengguna Facebook.

Pemilik syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd itu memuatnaik gambar beliau dan tiga lagi wanita bukan sahaja bersila di lantai marmar KLIA, malah menjamah beberapa ulas durian dari sebuah bekas plastik.

“Sebelum terbang di Auckland swezeland (sic)… Kami sekeluarga lepaskan gian makan durian Musang King dulu di KLIA.

“Maklumlah kami orang kampung memang stail begini. Nasib baik tak kena tegur dengan pengawal KLIA. Korang pernah macam ni juga ke?” soal beliau dalam satu coretan.

Rata-rata komen yang disukai ramai menegur Aliff bahawa durian tidak sesuai untuk dimakan di tempat awam, lebih-lebih lagi di kawasan berhawa dingin.

Durian dan manggis dilarang daripada dibawa masuk dan dimakan di sesetengah tempat awam, terutamanya hotel dan pusat beli-belah.

Beberapa komen pilihan pengguna di coretan Facebook Aliff:

Suria Lekatlekit: Nasib baik jutawan yang makan durian. Kalau orang biasa ni kena halau dah gamaknya.

Durian buah yang berbau kuat. Rasanya perlu hormati juga orang lain. Bukan semua orang suka durian dan boleh tahan bau durian. Setakat nasi, roti benda-benda yang tak berbau kuat ni ok la.

Tak kira siapa pun kita, kita kena tahu apa yang sesuai dan tidak nak buat sesuatu di sesuatu tempat. Bukan semua tempat kita boleh buat ikut kepala kita je walaupun tak ada yang berani melarang.

Kharol S Love N: Boleh ke makan durian dlm kawasan berhawa dingin? Mungkin tidak hormat orang lain? Sebab sesetengah orang tidak tahan bau durian.

Cik Gayah Gebu: Bagi korang yang boleh bau durian dan suka durian memang tiada masalah dan akan cakap “eleh durian je.”

Tapi orang-orang yang tidak boleh bau durian macam saya akan rasa sangat-sangat terganggu. Boleh buat sakit kepala tahap kaw-kaw punya. Muntah-muntah lagi.

Tunjukkan rasa hormat nkan lagi baik. Tak semua benda kita suka orang lain pun suka.

Hardy Othman: Makanan lain macam nasi atau roti tu takpe la lagi. Ni durian. Tak tau la kalau kat situ ada tampal dilarang bawa durian atau tak. – MalayMail

0 comment... add one now