Benarkah Tyrese Gibson Sudah Peluk Islam?

Betul Ke Tyrese Gibson Sudah Peluk Islam?
PADA pertengahan tahun lalu pelakon Fast & Furiuos, Tyrese Gibson dikatakan telah memeluk Islam. Namun dinafikan oleh dirinya bahawa dia sudah muallaf.
Manakala beberapa hari lalu, Gibson telah memuat naik sekeping gambar dia sedang bersujud di sebuah masjid di Qatar. Foto itu dimuat naik di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya. Dalam foto itu Gibsom dilihat memakai sepasang jubah putih.
Betul Ke Tyrese Gibson Sudah Peluk Islam?
Betul Ke Tyrese Gibson Sudah Peluk Islam?
Pelakon itu turut melahirkan perasaan gemuruh dan rendah diri ketika berada di dalam masjid tersebut. Semasa berada di Grand Mosque, dia telah diberikan kursus untuk mempelajari cara-cara bersolat, tulis Gibson pada kapsyen fotonya itu.
Setakat ini, video Gibson di dalam Grand Mosque telah ditonton oleh 1.3 juta tontonan dan dikongsi sebanyak 11 ribu lebih perkongsian oleh pengguna laman sosial.
Namun foto itu jug telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya sama ada aktor itu telah memeluk Islam ataupun baru sahaja dalam proses mempelajari agama itu.
Video yang dimuat naik itu telah menerima kritikan positif daripada peminatnya dan pengguna laman sosial. Antaranya;
“Selamat datang ke Islam, saya sangat gembira untuk anda. Allah telah memberi anda peluang untuk melihat kebenaran dan semoga anda dilindungi dan diberi petunjuk olehNYA in sha Allah,” tulis Nabou Gina Mbengue.
Manakala ini pula komen dari Kayleigh Pritchard, “Di dalam masjid hanya satu-satu tempat membuatkan saya rasa benar-benar tenang. Terima kasih kerana berkongsi perjalanan anda dengan kami. anda sangat merendah diri dan mempunyai jiwa yang murni.”

0 comment... add one now