Benarkah pelakon jelita Fathia Latiff dapat tajaan untuk beli undian?

7-Fathia-Latiff-Redha-Terima-Rezeki-Lepas-Berhijrah-ROTIKAYA-700x384
Masih boleh diguna pakai lagi ke konsep ‘beli undi’ untuk memenangi anugerah di Malaysia sekarang ni? Adakah bakat tidak setanding dengan pencapaiannya sehinggakan ada segelintir artis kita yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk memenuhi impian?
Ini apa yang terjadi kepada pelakon wanita, Fathia Latiff yang dikatakan cuba untuk membeli undi dengan mendapatkan tajaan berjumlah RM35,000. Seorang ahli perniagaan telah menjelaskan perkara tersebut dan memberitahu bahawa tajaan bernilai RM35,000 telah diagihkan bagi membeli undi daripada peminatnya. 
Menerusi ruangan akhbar tempatan baru-baru ini, Fathia tidak menafikan cerita itu malah dia juga tidak mengiyakan dakwaan tersebut. Hmm tak tahu la nak kata macam mana sebab tuan punya badan pun taknak komen apa-apa.
Yela orang tua-tua cakap kalau diam tu tandanya setuju atau betul. Sebelum benda buruk jadi, baiklah Fathia sendiri tampil ke hadapan untuk menjawab isu ini. Apa-apa pun biarlah bakat setandingnya dengan pencapaian yang dikecapi hari ini.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/fathia-didakwa-beli-undi-untuk-menang-oleh-seorang-ahli-perniagaan/#sthash.9CLntoYz.dpuf

0 comment... add one now