Benarkah lelaki gemok dan boroi lebih setia dalam soal cinta?

mynewshub.cc

PERCAYA tak, mengikut kajian, lelaki yang boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi? Ia kemudian dikaitkan dengan kedudukan perut yang lebih dari otak manusia.
Tetapi, dalam satu kajian soal selidik di Jerman pula mendapati, lelaki gemok dan boroi dipercayai lebih setia jika membabitkan soal cinta jika dibandingkan dengan lelaki yang kurus dan mempunyai berat badan ideal.
Semasa kajian itu dijalankan, sekumpulan lelaki berusia 31 hingga 69 telah dipilih dan ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta, termasuklah yang sudah berkahwin.
Hasil mendapati, daripada 53% yang memberikan jawapan, hanya 11% yang mengakui mereka benar-benar setia dalam hubungan mereka dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki berbadan besar dan boroi!!
23% dan 19% lelaki yang mempunyai berat badan ideal dan kurus pula secara terangan mengaku mereka berlaku curang dibelakang pasangan mereka.
Namun, ia hanyalah hasil dapatan dari kajian soal soal selidik yang dijalankan kerana setia sebenarnya sifat dalam diri seseorang. 

0 comment... add one now