Benarkah Fiza Halim bakal kahwin lagi kali ketiga?


PELAKON dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim kini sudah punya pengganti setelah dua kali gagal dalam rumah tangga.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 35; sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang juruterbang. Namun dia tidak mendedahkan siapa lelaki itu.
Fiza Halim Bakal Berkahwin Lagi?
“Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang.
“Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu,” katanya kepada sebuah portal akhbar beberapa bulan lalu.
Antara kapsyen romantis yang dimuat naik di laman Instagram miliknya termasuklah,
“Thank you sayang for this surprise moment….I really appreciate for what you’ve done for me… By da way u so sweet.. (Terima kasih sayang untuk detik mengejutkan ini… Saya benar-benar menghargai apa yang telah kau lakukan untukku… Apa-apa pun, kau sungguh manis..) #roses#iloveyou#youloveme#flyhightothesky#justthetwoofus#noonecanbeatus.”
Fiza Halim Bakal Berkahwin Lagi?
Terbaharu, melalui laman Intagram miliknya, Fiza seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.
Namun sehingga kini, bekas anggota kumpulan Elite itu tidak memberitahu bila dan di mana majlis bahagia itu akan berlangsung.
Fiza Halim Bakal Berkahwin Lagi?
Adam AF dan Fiza Elite
Terdahulu, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 2013 namun bercerai pada kali pertama pada April 2014, kemudian rujuk semula pada tahun sama namun bercerai kali kedua pada Disember 2015.
Sebelum itu pada 2006, Fiza berkahwin dengan ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak perempuan. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now