Benarkah Amyra Rosli & Amar Baharin bertunang?

Amar-Perjelas-Gosip-Bercinta-Dengan-Amyra-Rosli-ROTIKAYA-700x495

Bila tengok gandingan antara Amyra Rosli dengan Amar Baharin dalam beberapa buah drama, memang nampak secocok sangat mereka berdua ni. Comel je! Sebelum ni pun Amyra pernah memberitahu bahawa dia tidak akan menolak jika Amar Baharin adalah jodohnya.
Nak dijadikan cerita sekarang ni kemain kecoh kononnya Amar sudah mengikat tali pertunangannya bersama Amyra dan disebabkan itu juga Amar tampil untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya.
Jom kita baca penjelasannya menerusi ruangan salah satu akhbar tempatan baru-baru ini:
“Buat apa saya nak menipu kalau memang perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, kalau betul ada apa-apa khabar gembira saya akan kongsikan dengan semua. Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia. Perkara baik buat apa nak disorokkan. Jadi, saya hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar saya dipertemukan jodoh dengan cepat. Tahun lalu kecoh orang kata kami akan berkahwin. Kali ini timbul pula cerita mengatakan kami sudah bertunang. Pesan saya, jangan dengar cakap-cakap orang.”
Mungkin disebabkan mereka berdua berada dalam pengurusan yang sama, itu menyebabkan Amyra menjadi pelakon wanita paling rapat dengan Amar buat masa sekarang. Alahai tapi kalau mereka berdua ni memang ada hubungan yang istimewa pun apa salahnya kan? Sama cantik, sama padan.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/amar-baharin-amyra-rosli-bertunang/#sthash.3fdjMAWL.dpuf

0 comment... add one now