Benarkah Akim & Majistret selalu kenakan bayaran paling tinggi untuk persembahan?

akim_majistret
Sebut sahaja nama Akim & The Majistret siapa je yang tak kenal kan? Boleh dikatakan, nama mereka ni dah cukup megah dalam industri hiburan dekat Malaysia ni. Lagu mereka pun selalu menjadi pilihan pendengar dalam mana-mana radio stesen.
Tapi nak dijadikan cerita, ada pula cerita yang kurang enak untuk didengar. Ada yang memberitahu mereka ni telah mengenakan bayaran yang paling tinggi bila dijemput untuk melakukan persembahan. Betul ke?
Apa kata kita dengar penjelasan dari ketua kumpulan, Zimi tentang isu bayaran ni.
“Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut. Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton. Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton. Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan.” 
Yela bukan mudah untuk nak cari duit kan? Bayaran yang dikenakan oleh Akim & The Majistret ni sememangnya boleh dijadikan sebagai ‘hadiah’ untuk mereka yang telah berkerja keras untuk memuaskan hati pendengar muzik tanah air. 
Segala tenaga dan masa dah dipertaruhkan, so apa lah salahnya untuk mereka terima habuan untuk diri masing-masing. Tak gitu?

0 comment... add one now