Baju raya Che Ta harga ratusan ringgit tapi kualiti produk itu dikritik

che ta 1_1

LAGI beberapa hari menyambut bulan Ramadan, pereka fesyen dan selebriti Malaysia sudah pun giat melancarkan koleksi baju raya masing-masing.

Antara yang tidak melepaskan peluang untuk berniaga adalah pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan yang mesra dipanggil Che Ta.
Istimewa untuk tahun ini, Che Ta berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terkenal di Malaysia untuk koleksi baju rayanya.
2
Promosi mengenai baju raya bintang sensasi ini telah pun diiklankan di kaca-kaca televisyen.
Bagaimana pun, komen-komen negatif daripada peminat dikatakan mulai muncul dengan ada yang meluahkan rasa kecewa mengenai kualiti baju raya tersebut yang disifatkan indah khabar daripada rupa.
Difahamkan, baju raya Che Ta ini dijual bermula harga RM299.
Melihat pada harga dan gaya citarasa eksklusif Che Ta, ramai yang dikatakan tidak sangka dengan kualiti produk itu.
Dalam pada itu, ada juga para pengkritik baju berkenaan yang diselar kerana disifatkan terlalu obses mahu nampak cantik seperti aktres itu. 
Kredit Foto Pixelmedia

0 comment... add one now