Bagi kaki selfie selamat tinggal 'monopod', hello 'Hover'



Dron berkamera bakal menjadi satu fenomena dalam kalangan kaki selfie tidak lama lagi. Ia membolehkan mereka mengambil gambar daripada sudut yang sukar dan unik, lebih-lebih lagi jika dron ini hadir dengan harga yang murah. Itulah yang berlegar-legar dalam kotak pemikir para pembangun Hover.
hover potret shot
Bentuk fizikal dron yang bernama Hover ini lain daripada lain. Ia tidak menggunakan konsep modular seperti dron sedia ada. Sebaliknya, ia menyerapkan konsep kipas terlindung dan boleh dilipat. Tambah menarik, ia dibangunkan atas Platform Pembangunan Dron yang digagaskan oleh Qualcomm.
Sekeping cip pemproses Snapdragon 801 digunakan pada papan utama dron ini untuk memproses hal-hal penerbangan Hover. Dron pintar ini boleh mengekori subjek tetapi masih mempunyai tahap kepekaan yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya. Gandingan seperti akselerometer, giroskop, dan barometer membantu dron ini terapung pada ketinggian sehingga 50 meter. Sensor sonar dan kamera hala bawah juga digunakan untuk memberikan hasil rakaman yang stabil.
Pada bahagian kamera, dron ini mampu merakam gambar pegun sebesar 13 megapiksel dan video beresolusi sehingga 4K. Seluas 32GB ruang storan diberikan untuk diisi atau kandungan siaran langsung boleh disalurkan telrus ke telefon pintar melalui aplikasi Hover Camera. Bagi memintahkan kandungan yakaman, satu port USB 3.0 disediakan.
hover atas tangan 02
Dron ini masih dalam fasa pembangunan. Ia dijangka berharga sekitar 600 dolar A.S (RM ~2436).
Ia bukanlah dron selfie yang pertama seumpamanya, kita telah menyaksikanLily dan Nixie masing-masing hadir dengan dron selfie konsep mereka tahun lalu. Adakah konsep hanya kekal tinggal konsep?

0 comment... add one now