Awi Rafael terlibat kemalangan, hanya cedera di bahagian kaki!


PENYANYI kelahiran Singapura, Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 30, dikhabarkan telah terlibat dalam satu kemalangan dekat ibu negara jam 1 pagi tadi.

Jelas Anne Mokhtar dari bahagian Promosi Domestik Warner Music, motosikal yang ditunggang Awi telah dilanggar sebuah kereta semasa dalam perjalanan ke studio muzik berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara.
Tambah Anne lagi kepada sebuah portal akhbar, Awi kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, dalam kejadian itu, Awi diseret oleh kereta yang melanggarnya dan menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
Namun menurut Anne lagi, pemilik kenderaan itu turut menghantar Awi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Awi akan dibenarkan pulang pada hari ini atau esok.
Awi Rafael terlibat kemalangan, hanya cedera di bahagian kaki!

0 comment... add one now