Awas! Hati-hati daun kering diletak skru penyebab berlaku kemalangan jalan raya


SETIAP hari ada sahaja kemalangan jalan raya berlaku di negara kita. Kadang-kadang kita dah habis berhati-hati, namun disebabkan kecuaian orang lain, terjadi juga kemalangan.

Namun begitu, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab mungkin menjadi penyebab  kepada kemalangan yang mungkin boleh dielakkan.

Ini semua menerusi pendedahan Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan menerusi beberapa gambar yang dipercayai daun kering diletakkan sekali dengan skru bagi memancitkan tayar sekali gus menyebabkan pemandu hilang kawalan terhadap kenderaan mereka.

twitter

Jadi, sentiasalah berhati-hati di jalan raya, kalau nampak sebarang objek yang mencurigakan di jalan raya, cuba-cubalah elakkan.

Yang paling penting sekali sentiasa fokus dalam pemanduan dan sesekali leka ya! – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now