Awal, Scha Al-Yahya mohon jangan cium Lara Alana kerana mempunyai ekzema!

6-Ada-Sebab-Kenapa-Tak-Boleh-Cium-Lara-Alana-ROTIKAYA-700x419

SIAPA yang tak kenal si comel bernama Lara Alana?
Anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ini sering kali mencuit hati ramai dengan pelbagai telatah lucunya menerusi laman Instagram.
scha10
Malah, populariti yang dikecapi juga membuatkan Lara berjaya menarik hampir 2 juta pengikut di Instagram.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Lara, Awal dan Scha telah membuat pemberitahuan agar tidak mencium, memicit, dan memegang pipi anak perempuan mereka itu sekiranya berjumpa.
Menurut daddy and mommy Lara, mereka bukannya berlagak atau sombong tetapi melarang hal itu kerana anak mereka mempunyai ekzema.
Buktinya, Lara telah terkena alahan di pipinya gara-gara lipstik yang dipakai peminat yang telah mencium Lara baru-baru ini.
Screen-Shot-2016-05-31-at-9.37.32-AM
“Bila Mommy or Daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab diorang eksyen or sombong, sebab Lara ni ada eczema. Lipstick merah yg Auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss / gomol / picit / pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham,” tulis akaun Lara.
Hal itu sekali gus menimbulkan simpati ramai terhadap situasi yang menimpa Lara. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now