Awal Ashaari kesal, terkilan komen netizen terhadap isterinya digelar 'bapok'


awal1

PENGACARA Awal Ashaari nampaknya dah tak boleh tahan sabar dengan komen-komen tidak berasas yang diberikan sesetengah netizen terhadap fizikal dan paras rupa isteri tercintanya, Scha Al-Yahya.

Ia bermula apabila Scha memuat naik video dia sedang bersolek sebelum engacarakan sebuah program hiburan, namun lain jadinya apabila ia bertukar menjadi medan peminat berbalah apabila ada yang melabelkan hidung Scha besar dan dirinya kelihatan seperti bapok.

Awal menulis, “Kalau Bapok cantik macam ni, baiklah jadi bapok. Dari jadi perempuan/lelaki asli tapi hati busuk macam sampah. Kalau hidung dia besar pun, at least dia breath udara yang lagi fresh compared to some of you. Don’t make me start because I can be your worst nightmare. Peace”.
awal
Aduhai peminat ni pun satu, takde benda lain yang lebih berfaedah ke nak komen?

Scha tu dah cukup cantik pun ada je yang tak kena di mata korang ye..

Apa-apa pun buat Awal dan Scha sabar sajalah, mungkin itulah harga yang anda perlu bayar sepanjang bergelar selebriti dan dikenali ramai pihak di luar sana.

0 comment... add one now